|
|
| Monday, 17-Nov-2008 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Beberapa Petua Yg Sengal Tapi OK
|
|
1. KUPAS BAWANG
Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .
(dipetik dari petua Chef Hafeez) ht tp://chef hafeezmacampandaimasak@citibank
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Nov-2008 00:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musim Luruh Kat Boston
|
|
|
|
|
 |
|
Kawan Teman ngan family
|
|
|
Kiriman seorang kawan Kat Boston..katanya gambar2 ni kat belakang umah dia ...kat sana dah rasa angin2 sejuk nyerrr..best kan....tapi kawan teman ni selalu nangis ingat kan M'sia...katanya tak sama ngan negara sendiri...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Nov-2008 07:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kebaya Kerawang Dari Indonesia..
|
|
cantik2 kan...


|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Nov-2008 05:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
cantik dan menarik
|
|
| Quote: | | biasa je Amy...ada kawan kita ni baru balik bandung....hheheehh...dia gi rahsia2 jer..sapa yang tak de masa open house PTX?...leh teka ker?? |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Nov-2008 05:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cerpen untuk Dai'e yang bercouple
|
|
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
…..
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun…"
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
Sekian,Wassalam.
"Ya Allah,Jauhilah kami dari perkara yang melalaikan serta perkara yang tidak memberi faedah kepada kami . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen "
- "" Ada cinta agung antara hamba dan Tuhannya. Ada cinta kudus atara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta kasih antara adam dan hawa. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, CINTA dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa ^_^" ;
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 29-Oct-2008 07:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kekAwAn NgaN Kerudung SOuVEnioR
|
|
Ada satu kawan teman ni baru balik dr Bandung...so apa lagi teman ngan kekawan lain dapat la sorang satu kerudung dr sana....ermmmmmmm..melaram wehhh...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Oct-2008 04:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rumahku SyurGaKu
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Oct-2008 03:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nenek Ku...
|
 |
|
nenek lelaki ku
|
|
 |
|
nenek ku
|
|
 |
|
nenek perempuan ku
|
|
|
Jauh Masa dah kutinggal kan...masa ku kecil nenek la tempat ku bermain dan bermanja....tapi bila ku dah besar dan sekarang dah punyai keluarga sendiri nenek dah semakin uzur dek usia....tengok gambar ni sayu jer hati....doa teman moga nenek diberi kesihatan yang baik...
| Quote: | | nenek kaksu ni dah 70-an....mmg tak berapa sihat sejak kebelakangan ni...doa kaksu moga nenek kaksu berdua sentiasa bahagia dan sihat.. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 06:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AnaK Ku & anaK2 bUAHku bERgaMBAr
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Oct-2008 08:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nak AnAK pUNyA pASal (dah SalAH FaHaM)
|
|
Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah
mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan
kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih
lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki
yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari.. berkatalah si suami
"Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..."(lelaki yang nak dermakan sperma dia)Sambil menunggu kedatangan penderma
tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar²
bayi.Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si
isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu
awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu."kalau macam tu..bagus
la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang
baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.."
silakan masuk..dan duduk la..""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri
setelah beberapaketika..."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat
di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang
kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..."
kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar..
Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya
dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas
isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.
tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle..
saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang...
"Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka
berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika... tapi tentu puan tak
suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi
mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya. "yang ini
saya buat masa di atas bus kat London .."Hah!...atas bas????" terkejut si
isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa
memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi..
"Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri. "Ya... memang
susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan
baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas
apa yang kami lakukan...." "Di depan public???"terkejut si isteri.
"Ya..dah
tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik..
sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang
menghampiri
alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si
Photograper..
"awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat???" tanya si
isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan
siapkan
tripod.... lepas tu kita akan mulakan.."Tripod????"nak buat aper..???
"tanya si isteri.."OH..itu utk laraskan alat saya nanti.... ianya terlalu
besar utk saya pegang lama-lama.. ""er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!
|
|
|
|
|